BM | EN | 中文

ADUN Pemanis isytihar sokong Pakatan Harapan

IMG-20200227-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB: ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full daripada PKR menyatakan untuk terus setia bersama parti dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Dr Fat Full mengisytiharkan dirinya mengekalkan sokongan kepada PH.

“Adalah saya YB Dr Chong Fat Full ADUN N3 Pemanis mengistiharkan bahawa saya mengekalkan sokongan kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Advertisement

Kenyataan Dr Chong itu sekaligus menafikan dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Hasni Mohammad yang sebelum ini mengatakan pihaknya mendapat sokongan 33 ADUN termasuk daripada PKR bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Sementara itu, kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook Dr Fatt Full hari ini , beliau menyatakan Pusat Khidmat DUN Pemanis masih dibuka untuk aduan rakyat.

Malah, ia turut menunjukkan beberapa penyerahan sumbangan melalui cek kepada orang ramai.

Advertisement

“Pejabat DUN Pemanis masih dibuka seperti biasa. Harap maklum,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, beliau menang kerusi DUN Pemanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti tipis 363 undi apabila memperolehi 8,304 undi dengan menewaskan Koo Shiaw Lee dari BN yang memperolehi 7,941 dan Normala Sudirman dari PAS yang mendapat 2,151 undi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top