BM | EN | 中文

Adun Pekan Nenas mohon bina laluan untuk penduduk Kg Sepakat Jaya

Adun-Pekan-Nenas-mohon-bina-laluan-untuk-penduduk-Kg-Sepakat-Jaya.jpg
Advertisement

PONTIAN, 10 NOV: Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong akan terus berusaha bagi memastikan pembinaan jalan di Kampung Sepakat Jaya dilaksanakan pihak berwajib.

Menurut Yeo Tung Siong yang lebih mesra dipanggil ‘Cikgu Yeo’ berkata, terdapat keluarga yang menetap di kampung selama kira-kira 20 tahun, namun terpaksa menggunakan jalan alternatif dengan meminta kebenaran tuan kebun yang terlibat,

Malah katanya penduduk disitu membelanjakan wang sendiri untuk menambak jalan kebun yang sudah terlalu teruk dan terpaksa menggunakan jalan yang jauh melalui jalan kebun untuk pulang ke rumah.

Advertisement

“Hari ini saya telah membuat lawatan tapak bersama wakil daripada Pejabat Daerah Pontian Iaitu Cik Fatin.

“Beliau akan berusaha untuk memasukkan permohonan ini untuk projek tahun hadapan,” kata Cikgu Yeo sambil memaklumkan permohonan berkaitan jalan itu telah dibuat semejak 9 Sept lalu.

Cikgu Yeo menjelaskan, telah melihat sendiri geran tanah milik tuan rumah, dan jelas menunjukkan bahawa terdapat rizab jalan yang sah.

Advertisement

Namun katanya pemilik kebun di tepi jalan telah memagar kawasan kebun termasuk rizab jalan menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan laluan itu.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah jalan tersebut tidak pernah diturap semenjak mereka tinggal disitu meskipun terdapat tiang elektrik di kawasan rizab jalan yang sepatutnya diturap.

“Saya berharap agar nasib keluarga yang tinggal disini akan terbela,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top