BM | EN | 中文

Adun Pekan Nanas terkilan kerja amal anak muda tambah baik keselamatan jalan raya disabotaj

Selekoh-Rambai-Adun-Pekan-Nanas-Yeo-Tung-Siong.png
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV: Adun Pekan Nanas Yeo Tung Siong menyatakan rasa terkilan apabila inisiatif sekumpulan anak muda di Kampung Pak Kalib, Pontian memasang lampu amaran di satu selekoh di kawasan ini disabotaj.

Yeo dalam hantaran di laman Facebook beliau berkata, ada pihak tertentu yang merosakkan lampu amaran di suatu lokasi dikenali sebagai ‘selekoh Rambai’, selepas dipasang sekumpulan anak muda tersebut.

“Inisiatif ini diambil bagi meningkatkan perhatian pemandu yang menggunakan laluan ini agar lebih berhati-hati.

Advertisement

“Walaupun ini sekadar satu usaha yang kecil, namun ianya zahir dari lubuk hati yang paling dalam dan ikhlas.

“Namun saya tidak menyangka mengapa ada pihak yang melakukan khianat terhadap usaha murni mereka ini.

“Info yang saya terima ada yang bertindak merosakkan lampu yang dipasang tersebut,” kata Yeo dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambah Yeo, usaha itu bertujuan untuk membantu orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan terstebut.

“Mereka juga membuat kerja ini tanpa bayaran upah, semata mata nak buat kerja amal. Sekurang-kurangnya sama-sama jaga apa yang telah dibina, janganlah dirosakkan.

“Nasihat saya kepada anak muda disini dan semu yang pernah melalui situasi seperti ini. Bersabarlah, kerana usaha yang baik akan dibalas baik, jangan mengalah dalam berbuat kebaikan.

Advertisement

“Tuhan itu Maha Melihat,” kata Yeo lagi.

Beliau dalam pada itu menyampaikan cuapan terima kasih kepada kumpulan anak muda tersebut atas keprihatinan mereka bersama-sama bergotong-royong untuk memasang lampu amaran di selekoh rambai tersebut untuk kepentingan orang ramai.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top