BM | EN | 中文

Adun Pekan Nanas sumbang makanan ke “Gobok Pontian”, pinjamkan ‘waterjet’ bersih rumah lepas banjir

Gobok-Pontian.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 JAN: Konsep ‘food bank’ dengan nama “Gobok Pontian”, merupakan antara inisiatif menyasarkan kepada kepada mereka yang memerlukan bantuan makanan daerah ini.

Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Yeo’ berkata, pihaknya turut menyumbangkan barangan di “Gobok Pontian” seperti makanan kering untuk diambil oleh pihak yang memerlukan bantuan.

“Siapa pernah dengar tentang “Gobok Pontian”?

Advertisement

“Saya menyumbangkan 300 bungkus mihun 400gm kepada Gobok Pontian di Pejabat Daerah Pontian sebagai sokongan kepada program membantu orang yang memerlukan ini. Semoga bermanfaat.

“Kepada sesiapa yang betul-betul memerlukan atau terputus bekalan makanan, anda boleh datang ke kaunter Gobok Pontian di Pejabat Daerah Pontian untuk mendapatkan makanan asas secara percuma,” kata Cikgu Yeo dalam satu kiriman di laman Facebook beliau.

Dalam perkembangan lain, Cikgu Yeo memaklumkan pihaknya turut membantu mangsa banjir yang mula mengemas rumah mereka selepas banjir melanda.

Advertisement

Menurut Cikgu Yeo, pihaknya melalui ‘Pasukan Pekan Nanas’ membekalkan ‘waterjet’ (penyembur air) untuk mangsa banjir membersihkan rumah dengan cara yang lebih mudah.

Antara lokasi awal disantuni Pasukan Pekan Nanas adalah di Kampung Seri Gambut, dekat Pontian.

“Sama-sama doakan usaha saya untuk membantu menyelesaikan masalah banjir yang mereka hadapi,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top