BM | EN | 中文

Adun Pekan Nanas serah PPE, ‘facemask’ kepada petugas imigresen, balai bomba dan petugas kesihatan

yeo-tung-siong-serah-ppe-facemask-pekan-nanas-pontian.png
Advertisement

PONTIAN, 4 FEB: Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong terus memberikan penghargaan serta sokongan moral kepada petugas hadapan yang berjuang memerangi pandemik COVID-19 khususnya di daerah Pontian.

Antaranya melalui sumbangan peralatan yang telah beberapa kali dilakukan, dengan yang terbaru hari ini kepada petugas hadapan hasil inisiatif pusat khidmat DUN Pekan Nanas dan sumbangan orang ramai.

Antara yang menerima PPE dan pelitup muka adalah balai bomba Pekan Nanas, melalui ketuanya Tuan Mahadir

Advertisement

“Anggota bomba merupakan salah satu petugas barisan hadapan yang tidak dapat disangkal lagi jerih payah dan pengorbanan yang dilakukan untuk masyarakat,

“Dengan situasi Pandemik yang semakin berleluasa di Pekan Nenas kebelakangan ini, mereka amat memerlukan PPE untuk melaksanakan tugas sanitasi di zon merah seperti di depo tahanan pekan nenas yang menjalani PKPD ketika ini,” kata Yeo dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Yeo memaklumkan, turut menerima 210 helai baju PPE daripada dermawan dikenali sebagai Wong yang terpanggil untuk menyampaikan sumbangan.

Advertisement

Melalui peralatan tersebut akan diserahkan kepada penerima termasuk petugas kesihatan di hospital dan pegawai di depoh Jabatan Imigresen dekat Pekan Nanas.

“Hakikatnya ramai dalam kalangan penduduk yang mempunyai jiwa besar sanggup berkorban untuk kesejahteraan masyarakat awam keseluruhannya.

“Sama-samalah kita berdoa agar semua terselamat dari ujian Covid-19 ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top