BM | EN | 中文

Adun Pekan Nanas sampaikan bantuan komputer riba kepada pelajar

Adun-Pekan-Nanas-sampaikan-bantuan-komputer-riba-kepada-pelajar.jpg
Advertisement

PONTIAN, 20 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong menyerahkan bantuan berupa komputer riba menerusi program Digital Learning kepada para pelajar dari sekitar kawasan Pekan Nanas.

Yeo atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ‘Cikgu Yeo’ berkata, selain dibekalkan dengan komputer riba secara percuma, mereka juga mendapat bantuan bagi capaian internet percuma untuk mereka menjalani kelas secara dalam talian.

“Guru yang menjadi sukarelawan untuk program ini juga adalah dari kalangan profesional. Ada yang dari Amerika ada dari Singapura dan Malaysia.

Advertisement

“Saya berharap anak-anak ini dapat mengambil manfaat sebaik-baiknya dalam program ini.

“Hal ini kerana subjek yang diajarkan ini sedikit sebanyak membolehkan mereka menjana pendapatan daripada ilmu yang diajarkan,” kata Yeo dalam satu kiriman di laman Facebook beliau.

Yeo turut berpesan agar para pelajar ini pada suatu hari nanti jika sudah berjaya, agar membantu masyarakat sekeliling tanpa melihat latar belakang mereka.

Advertisement

Ini kerana katanya kehidupan pada masa akan datang semakin mencabar, dan anak-anakl muda yang akan memimpin negara ini.

“Bantulah agar sama-sama dapat manfaat. Berikan pancing bukan ikan, berikan benih bukan buah yang sudah ranum,” katanya lagi.

“Anda semua adalah aset negara yang tidak ternilai,” kata Cikgu Yeo.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top