BM | EN | 中文

Adun Pekan Nanas bantu ambil nombor giliran vaksinasi di PPV

yeo-tung-siong-ppv-pekan-nanas.png
Advertisement

PONTIAN, 4 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong melakukan inisiatif mengambil nombor giliran kepada penerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Pekan Nenas.

Yeo berkata, langkah yang dilakukan itu baru-baru ini adalah bagi mengelakkan kesesakan di PPV dan mengurangkan masa menunggu.

“Susulan perbincangan berkenaan kesesakan di PPV bagi ‘walk in’ vaksinasi di PPV Pekan Nenas.

Advertisement

“Saya hantarkan nombor giliran bermula angka 001 sehingga 300. Oleh itu, bagi peserta walk in yang beratur akan diberikan nombor giliran sehingga habis.

“Manakala setelah 300 habis nombor yang dikeluarkan, peserta yang tidak mendapat nombor akan dinasihatkan untuk pulang dahulu bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.

Tambah Yeo, ada di kalangan orang ramai yang bertanya, sama ada telah mempunyai temujanji dan perlu beratur bersama peserta walk in.

Advertisement

“Tidak perlu, kerana ada dua barisan menunggu yang berbeza antara ‘walk in’ dengan yang telah mempunyai temujanji. Oleh itu ianya tidak menghambat proses vaksinasi bagi yang telah mempunyai temujanji,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yeo memaklumkan turut menyumbang air mineral bagi kegunaan para petugas pusat vaksinsi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top