BM | EN | 中文

Adun Pekan Nanas agih ‘pocket hand sanitiser’ kepada pelajar sekolah

adun-pekan-nanas-pocket-hand-sanitiser.png
Advertisement

PONTIAN, 28 OKT: Ketika orang ramai masih bimbang dengan penularan Covid-19, Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong tampil mengagihkan kits Covid-19 kepada pelajar sekolah.

Kata Yeo, pusat khidmat DUN Pekan Nanas terpanggil untuk membantu mengedarkan cecair pembersih tangan berkenaan susulan pembukaan semula persekolahan secara bersemuka di negeri Johor.

Katanya langkah itu diambil sebagai langkah persediaan dan amalan norma baharu.

Advertisement

“Walaupun negara kita telah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi, namun kesedaran mengenai pencegahan penularan virus Covid-19 adalah amat penting.

“Oleh itu saya edarkan ‘pocket hand sanitizer’ supaya mudah untuk dibawa kemana-mana, Dengan ini, ianya akan lebih selamat ketika mereka berada diluar rumah.

“Sekarang mungkin ada di antara kita yang berasa wabak ini seolah-olah telah lenyap, namun kita tetap perlu terus berhati-hati,” kata Yeo dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Advertisement

Dalam perkembangan berkaitan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memperbaiki fasiliti jalan raya di Pekan Nanas yang sering mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Terbaru katanya berlaku kemalangan di simpang Taman Mewah, Pekan Nanas diantara motosikal milik warga tempatan dengan motosikal warga dengan warga asing.

“Mereka (warga asing) kebanyakannya tak tahu undang-undang jalan raya, masuk simpang keluar simpang, jalan kaki berramai-ramai sehingga boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Advertisement

“Harap juga ada tindakan untuk mendidik warga asing ini. Saya harap permohonan saya kepada JKR dapat dilaksanakan segera,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top