BM | EN | 中文

Adun Parit Yaani serah sumbangan kepada 202 penerima program kembali ke sekolah

adun-parit-yaani-serah-sumbangan-back-to-school-2021.png
Advertisement

BATU PAHAT, 5 JAN: Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan menyerahkan sumbangan bagi persediaan sekolah kepada 202 penerima di sekitar Dun tersebut.

Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, sumbangan tersebut adalah inisiatif pihaknya dalam usaha memupuk kembali semangat kanak-kanak setelah lama tidak ke sekolah.

“Kita sedar tahun lepas (2020) telah terjadinya pandemik Covid-19 sehingga membantutkan sesi pengajaran, pembelajaran serta kokurikulum

Advertisement

“Usaha kita ini adalah untuk mengembalikan semula semangat dan ingatan kepada kanak-kanak tersebut.

“Sumbangan yang kita berikan ini terdapat dua kategori iaitu Sumbangan Anak Yatim (SAY) dan ‘Back To School’ (BTS).

“Ia membabitkan tiga zon iaitu zon Parit Yaani, Tongkang Pechah dan Beroleh. Kesemua mereka adalah terdiri dari kanak-kanak dari keluarga yang kematian ibu atau bapa (yatim) dan yang memerlukan.

Advertisement

“Kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang sama-sama membantu dalam progran untuk kali ini. Saya berharap sumbangan dapat terus diberikan oleh pelbagai pihak untuk kita perbanyakkan lagi program seperti ini,” ujarnya.

Beliau memaklumkan bahawa program tersebut berjalan mengikut SOP kesihatan yang telah ditetapkan.

Dalam pada masa yang sama beliau berharap kanak-kanak di negara ini dapat kembali bersemangat semula menimba ilmu pengetahuan di alam persekolahan.

Advertisement

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar yang bersungguh-sungguh mendidik para pelajar sepanjang PKP melalui pelbagai kaedah baharu.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top