BM | EN | 中文

Adun Parit Yaani sahkan diri positif COVID-19

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 JANl: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan, hari ini disahkan positif COVID-19.

Beliau dalam catatan di laman Facebook hari ini berkata telah mengalami gejala demam sejak empat hari lepas, lalu mengambil keputusan untuk membuat ujian calitan hari ini.

“Untuk makluman semua, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan sejak Ahad 10 Januari 2021 yang lalu.

Advertisement

“Seterusnya saya membuat pemeriksaan di Klinik. Pagi ini, Selasa 12 Januari 2021, Saya dimaklumkan bahawa saya positif Covid-19..

“Saya mohon kepada sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya,” kata Aminolhuda.

Sementara itu Bernama melaporkan doktor telah berhubung dengan hospital dan Aminolhuda memaklumkan buat masa tidak ada kekosongan katil di hospital untuk menerima pesakit.

Advertisement

“Jadi buat masa ini saya terpaksa kuarantin di rumah,” katanya ini.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, dalam masa sama menjelaskan beliau tidak dapat memastikan, bagaimana boleh dijangkiti virus tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top