BM | EN | 中文

Adun Parit Yaani bantu pelajar OKU cemerlang sambung pengajian ke IPT

Adun-Parit-Yaani-bantu-pelajar-cemerlang-OKU.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 25 JUL: Pelajar cemerlang Orang Kelainan Upaya (OKU) antara yang mendapat perhatian serta bantuan dari Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan.

Kata Aminolhuda, program bagi menyantuni pelajar-pelajar yang cemerlang dari golongan OKU itu telah dijalankan sebagai suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan meraih peluang pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita tidak mahu mereka seperti OKU dan yang kurang berkemampuan tertinggal dalam bidang pendidikan.

Advertisement

“Kita mahu mereka meneruskan kecemerlangan mereka dalam bidang yang mereka ceburi.

“Pihak kami sentiasa mencari serta mendapatkan maklumat seramai mungkin mereka yang kurang berkemampuan serta OKU di Dun Parit Yaani agar mendapat bantuan.

“Selain itu, saya akan memastikan segala sumber bantuan dari pihak-pihak tertentu untuk dihulurkan kepada mereka yang memerlukan, sama ada berbentuk material mahupun berbentuk perkhidmatan pemudah cara.

Advertisement

“Selain pendidikan yang amat penting bagi kesinambungan hidup ‬golongan ini, bantuan serba sedikit diberi bagi meringankan bebanan keluarga mereka,” katanya.

Selain itu, Aminolhuda yang juga mantan Exco Pendidikan Johor berkata, pihaknya turut berusaha mencari sumber bantuan dari pihak berwajib untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan.

Terdahulu, Aminolhuda bertemu Ain Salsabila dari Kampung Beleman, Batu Pahat yang mengalami kecacatan kaki kirinya, berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Asasi Kesihatan Bersekutu telah dibantu beliau.

Advertisement

Beliau turut bertemu seorang lagi pelajar yang mengalami gegaran otak empat hari sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akibat kemalangan yang dapat menyambungkan pelajaran ke Politeknik Port Dickson.

Aminolhuda turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka yang disifatkannya sebagai pemangkin semangat kepada pelajar lain untuk tidak mengalah dalam usaha mendapatkan pendidikan terbaik.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top