BM | EN | 中文

Adun Parit Raja “hilang” ketika penduduk berdepan dengan banjir

banjir-parit-raja.png
Advertisement

BATU PAHAT, 26 OGOS: Penduduk Kampung Rahmat, Batu Pahat mempersoalkan ke mana Adun Parit Raja, Nor Rashidah Ramli yang tidak kelihatan menjenguk keadaan banjir di kampung tersebut.

Dikatakan Adun Parit Raja itu seperti tidak mengendahkan keadaan yang berlaku selepas kampung berkenaan teruk dilanda banjir yang buruk dalam tempoh lebih 15 tahun.

Noor Khalim Sakib

Pengarah Komunikasi dan Multimedia Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, penduduk kampung itu kecewa apabila Adun berkenaan tidak cakna dengan masalah mereka.

Advertisement

“Seharusnya sebagai Adun di sini, beliau sepatutnya turun padang menjenguk keadaan yang berlaku di kawasan kampung berkenaan.

“Selain Kampung Rahmat, terdapat juga kampung-kampung yang dilanda banjir selepas hujan lebat tiga hari berturut-turut.

“Aduannya sama tiada tindakan dilakukan oleh Adun berkenaan.

Advertisement

“Seperti penduduk Kampung Rahmat, mereka telah suarakan masalah mereka kepada Nor Rashidah tetapi tiada tindakan susulan sehingga kampung mereka teruk dilanda banjir,” jelasnya ketika dihubungi.

Khalim yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Sri Gading turut dukacita dengan musibah yang berlaku di kawasan tersebut.

Tambahnya, usahanya menghubungi pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah tersebut telah dilakukan pihaknya.

Advertisement

“Kita pun maklum terdapat Adun dari kawasan lain yang membantu penduduk di Kampung Rahmat.

“Ini amat menduka citakan kerana Adun di tempat mereka sendiri tidak melakukan kerja dengan baik.

“Rashidah tidak sepatutnya melakukan perbuatan sebegitu kerana mereka adalah pengundi di Dun beliau sewaktu PRU yang lalu.

Advertisement

“Jika beliau tidak mahu menjalankan kerja dengan baik, saya nasihatkan untuk beliau berhenti sahaja berpolitik dan tidak lagi perlu lagi terlibat dalam hal kepimpinan di sini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top