BM | EN | 中文

Adun Paloh ucap takziah keluarga mangsa lemas jalan pintas Kg Melayu Niyor-Kg Bentong

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KLUANG, 9 JAN: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ikmal Hakimi Mahasan yang meninggal dunia apabila menjadi mangsa banjir selepas ditemui lemas di laluan pintas Kg Melayu Niyor – Kg Bentong, baru-baru ini.

Sheikh Umar berkata, beliau mengenali keluarga bapanya yang merupakan guru di daerah ini, manakala Allahyarham Ikmal Hakimi adalah pelajar dari sekolah yang sama dengan Adun Paloh itu.

“Saya betul-betul terkejut sebab baru tahu yang arwah Ikmal Hakimi Mahasan yang terlibat dalam kemalangan nyawa di laluan banjir Kg Melayu Niyor-Kg Bentong adalah anak sulung kepada Cikgu Mahasan.

Advertisement

“Saya kenal benar Cikgu Mahasan. Beliau pernah menjadi guru besar SK Pengkalan Tereh. Saya pernah diundang hadir oleh cikgu dalam program disana.

“Saya sedar arwah sebagai anak sulung cikgu Mahasan bilamana anak saudara saya maklumkan perkara ni. Arwah merupakan senior kepada anak saudara saya di SMKA Segamat.

“Ini bermakna, saya sendiri secara tak langsung merupakan ‘super senior’ arwah di sekolah yang sama. Saya ‘batch’ SPM 2002.

Advertisement

“Takziah kepada Cikgu Mahasan sekeluarga atas kehilangan ini. Moga ruh arwah Ikmal Hakimi Mahasan ditempatkan bersama para solehin,” kata Sheikh Umar dalam catatan di laman Facebook beliau.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Mahasan dan isterinya Murniwati Hambali, 47, serta empat lagi anaknya berada di Kelantan manakala Ikmal Hakimi tinggal di rumah mereka.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan, Isnin lalu.

Advertisement

Dalam pada itu, Sheikh Umar berkata, beliau akan meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham.

“InsyaAllah saya akan ziarah Cikgu Mahasan segera,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top