BM | EN | 中文

Adun Paloh terus usaha bantu naiktaraf jalan, baikpulih infra kawasan

Adun-Paloh-Sheikh-Umar-baikpulih-infra-jalan-raya.jpg
Advertisement

KLUANG, 28 OKT: Masalah infrastruktur, kemudahan awam dan jalan raya antara isu penting yang diberi perhatian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat.

Meskipun sebagai Adun pembangkang, usaha membantu penduduk yang berdeoan masalah logistik, infrastruktur dan jalan raya terus menjadi keutamaan beliau.

Antara usaha dilakukan ialah bagi memohon pembinaan dan naiktaraf jalan di hadapan masjid Paloh dan kuil Sri Mahariamman, selain baikulih bangunan SJK (Tamil) Paloh yang telah dimakan anai-anai.

Advertisement

Terbaru, Penolong Jurutera Daerah Kluang dari bahagian bangunan dan pembantunya telah hadir ke Ladang Pamol untuk membuat ukuran bagi projek pembangunan jalan dan pembaikan sekolah di sini.

“Demi rakyat Paloh. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” kata Sheikh Umar dalam kenyataannya.

Sheikh ‘Umar pada Ogos lalu turut bertemu Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bagi mengemukakan beberapa isu melibatkan kawasan Paloh.

Advertisement

Antara usaha lain adalah untuk menaiktaraf jalan Paloh-Bekok yang menjadi harapan rakyat disini sejak sekian lama.

Selain itu beliau turut memanjangkan hasrat dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Muhibbah untuk permohonan baik pulih surau kampung mereka, selain Masjid Chamek yang sedang mengumpulkan dana pembinaan Masjid baru

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top