BM | EN | 中文

Adun Paloh terbit buku ‘Sedekad Melawan Arus’

bro-shake-sedekad-melawan-arus.png
Advertisement

KLUANG, 21 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan suasana pandemik Covid-19 yang melanda negara tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali menerbitkan sebuah buku.

Dalam kiriman di laman Facebook beliau baru-baru ini, Sheikh Umar, atau lebih dikenali sebagai ‘Bro Shake’ ketika bergiat dalam aktivisme kemahasiswaan dan akarumbi berkata, buku tersebut mengandungi kumpulan rencana yang diterbitkannya sepnanjang 2010 sehingga 2020.

“Sudah terbit. Sebuah kompilasi artikel-artikel pilihan yang saya tulis sepanjang 2010-2020,” menurut ‘Bro Shake’ ringkas.

Advertisement

Kandungan buku itu difahamkan berkisar mengenai isu-isu semasa negara bagi sepanjang sepuluh tahun yang lalu merangkumi politik, ekonomi, sosial, budaya, agama dan anak muda.

Dalam kiriman itu Bro Shake turut mengepilkan bersama catatan dari dua tokoh politik Pakatan Harapan, iaitu Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Senator Liew Chin Tong.

“Manusia tertegak kerana prinsip dan ideologi perjuangan. Ini yang akan membezakan antara ‘kaca’ dan ‘permata’. Bro Shake punya kualiti ini.

Advertisement

“Meskipun mungkin banyak mengambil langkah ‘melawan arus’ kebiasaan dan mencetus kontroversi, beliau masih orang sama yang saya kenal sejak bergelar aktivis mahasiswa lagi.

“Prinsip dan fikrahnya masih jelas, tidak tergugat walau di medan yang sangat berlainan.

“Buku ini menghimpunkan antara ‘prinsip’ dan ‘fikrah’ itu. Bro Shake antara pemimpin muda yang tercerah dan makin terserlah bakat kepimpinannya,” kata Mujahid.

Advertisement

Manakala Liew Chin Tong berkata, penulis yang lebih gemar digelar ‘Bro’ dan bukan ‘ustaz’ setelah mengambil jalan sukar untuk bersama DAP dan dilabel dengan pelbagai cemuhan.

“Buku ini menzahirkan pemikirannya, dan sedikit sebanyak memberi gambaran kenapa beliau menjadikan DAP sebagai platform perjuangan beliau,” kata Chin Tong.

Kepada mereka yang berminat ntuk tempahan, digalakkan melayari https://www.gerakbudaya.com/Bro-Shake:-Sedekad-Melawan-Arus atau
https://www.ilhambooks.com/bro-shake-sedekad-melawan-arus/

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top