BM | EN | 中文

Adun Paloh temui Perhilitan, Felda, usahakan perangkap haiwan liar elak gangguan

Adun-Paloh-temui-Perhilitan-Felda-usahakan-perangkap-haiwan-liar-elak-gangguan.jpg

Adun Paloh dalam pertemuan dengan pegawai Perhilitan, bagi mengusahakan perangkap haiwan liar

Advertisement

KLUANG, 26 FEB: Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhilitandan pengurusan Felda bagi mengusahakan perangkap haiwan liar bagi mengelakkan gangguan terutamanya di kawasan petempatan di Felda Kahang Barat dan sekitar DUN Paloh.

Malah menurut Sheikh Umar, terdapat aduan dari penduduk kampung mengenai insiden serangan kera keatas kanak-kanak di Felda Kahang Barat bulan lalu

“Berita ini amat menyedihkan. Di DUN Paloh, gangguan kera paling banyak berlaku di Felda Kahang Barat dan Kampung Melayu Batu 4,

Advertisement

“Umumnya di Malaysia tiga jenis hidupan liar yang sering berkonflik dengan kehidupan seharian manusia ialah gajah, kera dan babi hutan.

“Jumlah pelupusan kera disini yang telah diuruskan oleh Jabatan Perhilitan Daerah Kluang ialah sebanyak 238 ekor.

“Masing-masing 155 ekor pada tahun 2019 dan 83 ekor pada tahun 2020,” kata Sheikh Umar dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Advertisement

Susulan itu dua perangkap kera dipasang di Felda Kahang Barat dengan setiap satunya dipasang Jabatan Perhilitan dan inisiatif pengurusan Felda.

Kata Sheikh Umar, isu gangguan monyet atau disebut sebagai spesies kera bukan perkara baru dalam masyarakat khususnya di kalangan penduduk luar bandar.

“Insya Allah saya akan membantu untuk menambah perangkap kera di FKB demi keselamatan orang kampung,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top