BM | EN | 中文

Adun Paloh sumbang katil mudah laras kepada warga emas di Chamek

Adun-Paloh-sumbang-katil-mudah-laras-kepada-warga-emas-di-Chamek.jpg
Advertisement

KLUANG, 31 JAN: Keresahan memikirkan cabaran kesihatan dihadapi ahli keluarga kini beransur lega selepas mendapat perhatian Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Bertindak atas maklumat yang diterima mengenai kekangan dihadapi keluarga tersebut, Sheikh Umar menyampaikan sumbangan berupa sebuah katil mudah laras kepada keluarga Pakcik Kamit dari Kampung GSA Chamek.

Menurut beliau, warga emas yang berusia lebih 60 tahun itu mengalami masalah pergerakan setelah dua kakinya menjalani pembedahan akibat diabetes.

Advertisement

“Saya betul-betul berhajat nak dapatkan sebuah katil pesakit untuk kegunaan Pakcik Kamit. Maaf kerana tak banyak yang boleh saya bantu.

“Mudah-mudahan sumbangan kecil ini dapat memberikan lebih keselesaan buat Pakcik,” kata Sheikh Umar selepas menyerahkan sumbangan tersebut.

Beliau turut berharap agar keluarga, terutamanya anak saudara pesakit, dikenali sebagai Masjuri yang menjaga warga emas itu agar tabah berdepan cabaran.

Advertisement

“Mudah-mudahan urusan kalian sehari-hari akan dipermudahkannya,” kata Sheikh Umar lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak muda sukarelawan dari daerah ini yang melakukan kerja kebajikan dan penghantaran bantuan ke kampung Orang Asli di sekitar daerah Kluang dan Mersing.

“Saya berikan sedikit sumbangan untuk disampaikan kepada para penerima.

Advertisement

“Norsyah Nizam, Pengerusi Kelab Ragbi Kluang. Beliau dan rakan-rakan yang lain dalam misi untuk menyampaikan sumbangan kepada masyarakat orang asli di sekitar Kluang – Mersing ini.

“Semoga selamat konvoi Norsyah Nizam dan rakan-rakan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top