BM | EN | 中文

Adun Paloh serah sumbangan kepada 50 penerima di Ladang Kalimalaya, Bukit Paloh

Adun-Paloh-serah-sumbangan-kepada-50-penerima-di-Ladang-Kalimalaya-Bukit-Paloh.png
Advertisement

KLUANG, 2 MAC: Seramai 50 penerima yang tinggal dalam DUN Paloh di sini, mendapat sumbangan berupa barangan keperluan asas daripada Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Sumbangan yang disampaikan terus itu diagihkan kepada penerima di dua kawasan petempatan iaitu di Ladang Kalimalaya dan Ladang Bukit Paloh, disini.

“Alhamdulillah. Sekitar 50 orang penerima di Ladang Kalimalaya dan Ladang Bukit Paloh. Walaupun cuaca panas terik, pasukan kami masih diberi kekuatan berjalan dari rumah ke rumah untuk edarkan sumbangan.

Advertisement

“Terima kasih juga kepada kakitangan Sime Darby Plantation disini yang banyak membantu kami untuk edaran kali ni.

“InsyaAllah. Walaupun panas terik, itu tak melemahkan kami. Sebaliknya, semangat kami terus membakar untuk jumpa dan bantu lebih ramai,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain beliau memaklumkan telah menghantar surat mengandungi laporan berkaitan kejadian banjir yang berlaku di kawasan ini kepada Tuan Hamizan, penolong pengurus Ladang Bukit Paloh.

Advertisement

Difahamkan, banjir yang berlaku awal Januari lalu melibatkan sempadan ladang Sime Darby dengan Kampung Muhibbah disini.

“Semoga ia mendapat perhatian serta tindakan pihak berkenaan,” kata Sheikh Umar lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top