BM | EN | 中文

Adun Paloh serah bantuan banjir Kampung Orang Asli Sungai Peroh

Sheikh-Umar-DUN-Paloh-banjir-kampung-orang-asli-Kampung-Peroh-Kahang.jpg
Advertisement

KLUANG, 14 JAN: Kira-kira 40 keluarga dari Kampung Orang Asli Sungai Peroh di Kluang yang terjejas akibat banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berkata, sumbangan sudah disalurkan kepada mereka yang terjejas dengan kerjasama Pakatan Harapan Kluang dan Sembrong selain sukarelawan dari parti KEADILAN, DAP dan AMANAH.

“40 keluarga terperangkap akibat banjir yang memutuskan jalan perhubungan antara Kampung Orang Asli ini dengan jalan keluar.

Advertisement

“Bantuan kami diserahkan dekat Jeti Kahang. Mereka sambut menaiki bot untuk dibawa masuk kepada penerima di kampung.

“Terima kasih semua rakan-rakan dan petugas kental dan para penyumbang yang pemurah. Hujan lebat kita tempuh, sungai deras kita redah,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan.

Terdahulu beliau turut menyampaikan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kahang, Kampungg Sri Lukut Batu 28, Jalan Mersing.

Advertisement

Difahamkan 55 keluarga ditempatkan disini dengan seramai 193 orang mangsa.

Selain itu, bantuan keperluan turut disampaikan kepada 82 keluarga yang terdiri dari 385 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang.

“Terima kasih rakan-rakan dari pejabat DUN Paloh yang setia menolong.

Advertisement

“Hidup biar rukun. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top