BM | EN | 中文

Adun Paloh sampaikan bantuan kepada penduduk ‘DUN jiran’ yang menjalani kuarantin

sheikh-omar-dun-paloh-kahang-parlimen-sembrong.jpg
Advertisement

KLUANG, 11 OGOS: Meskipun bukan dalam kawasan diwakili, namun permintaan rakyat untuk mendapatkan bantuan perlu dilaksanakan segera.

Susulan itu, Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali mengambil inisiatif menyampaikan bekalan makanan kepada penduduk di Taman Seri Lambak, Kluang yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang dan parlimen Sembrong.

“Orang dari T6 (Taman Seri Lambak) call. Mereka minta kami bantu berikan sikit barang sumbangan untuk beberapa keluarga sedang kuarantin.

Advertisement

“Saya dah serahkan pada kawan-kawan kat sana. Ada lebih kurang 20 set barang keperluan dapur.

“Maaf tak dapat beri banyak,” kata Sheikh Umar dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Katanya, stok barangan di pejabat DUN Paloh agak terhad dan masih perlu diagihkan untuk penduduk Paloh yang memerlukan.

Advertisement

Namun, ia tidak menghalang beliau untuk menyerahkan bantuan kepada kawasan DUN bersebelahan.

DUN Kahang diwakili wakl rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Exco Kesihatan Johor, R Vidyanathan manakala parlimen Sembrong diwakili Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menteri luar negeri.

“Apapun, kita tetap bantu walaupun tak dapat beri banyak. Walaupun kawasan DUN berjiran dengan Paloh.

Advertisement

“Selebihnya, boleh cuba hubungi pejabat YB Vidyanathan atau Dato’ Seri Hishamuddin juga,” katanya lagi.

Terdahulu dalam jelajah “Paloh Kita” yang dianjurkannya, Sheikh Umar turut menghantar bantuan berupa bekalan makanan ke Ladang Bukit Paloh, Ladang Kekayaan dan Taman Puteri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top