BM | EN | 中文

Adun Paloh positif Covid-19

sheikh-umar-bagharib-ali.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali hari ini mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Beliau berkata telah menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 11.30 pagi semalam selepas mengalami lesu badan sebelum menerima keputusan ujian pada 5 petang tadi.

“Semalam saya rasa tak sedap badan. Saya telah pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah Kluang untuk swab test pada jam 11.30 pagi.

Advertisement

“Tadi doktor telah menghubungi saya untuk maklumkan keputusan ujian swab test. Dukacita, saya disahkan positif Covid-19. Saya mohon maaf pada semua. Doakan saya dan keluarga kembali sihat dan selamat.

“Saya akan menerima rawatan lanjut mengikut saranan dan panduan pihak hospital,” katanya.

Terdahulu petang ini, Sheikh Umar berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter beliau.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top