BM | EN | 中文

Adun, MP rentas parti perlu dilibatkan dalam j’kuasa bencana daerah di Johor

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak agar penglibatan Adun serta ahli parlimen rentas parti dalam pelbagai platform pembuatan keputusan contohnya Jawatankuasa Bencana Daerah wajar diambilkira.

Menurut PH Johor, ia perlu dilakukan bagi membentuk kerjasama ampuh untuk melawan Covid-19 dan membantu rakyat.

“PH Johor mendesak agar penglibatan Adun-Adun serta ahli-ahli Parlimen rentas parti dalam pelbagai platform pembuatan keputusan.

Advertisement

“Contohnya Jawatankuasa Bencana Daerah wajar diambilkira sebagai langkah lebih terkehadapan lagi bagi membentuk kerjasama ampuh untuk melawan Covid-19 dan membantu rakyat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, PH Johor turut menggesa kerajaan negeri memudahkan akses kepada pusat pemberian vaksin (PPV).

Katanya, adalah penting untuk mewujudkan perkhidmatan PPV bergerak dan penggunaan pusat komuniti seperti rumah ibadat sebagai PPV di kawasan luar bandar supaya dapat memudahkan penduduk.

Advertisement

“Kerajaan negeri Johor boleh mengkaji pendekatan kerajaan negeri Selangor yang menyediakan rebat pengangkutan bagi perkhidmatan e-hailing untuk mendapatkan vaksin sebanyak RM20 yang memanfaatkan 50,000 orang pengguna dengan kos keseluruhan sebanyak RM 1 juta.

“Jarak PPV di Johor yang terletak di pusat bandar menyukarkan Bangsa Johor, khususnya mereka di kawasan desa dan luar bandar untuk bergerak ke PPV.

“Kami mencadangkan supaya perkhidmatan pengangkutan percuma ditawarkan kepada rakyat untuk mendapatkan vaksin di PPV,” tambah kenyataan tersebut.

Advertisement

Terdahulu PH Johor menyambut baik inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 berjumlah RM 241 juta yang dibentangkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top