BM | EN | 中文

Adun minta kerajaan Johor kaji semula pembangunan ladang hutan

khairuddin-abdul-rahim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 24 DIS: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim hari meminta agar kerajaan mengkaji semula projek pembangunan ladang hutan di negeri ini.

Menurutnya, pembangunan ladang hutan tersebut dikenal pasti adalah punca utama gangguan haiwan liar di kawasan sekitar hutan berkenaan.

Selain itu katanya, pembangunan tersebut telah banyak mengganggu ekosistem hutan.

Advertisement

“Kesan dari projek tersebut contohnya gajah keluar dari dari habitatnya di hutan dan merosakkan harta benda awam serta mengganggu orang ramai.

“Trend pelaksanaan pembangunan ladang hutan boleh menyebabkan fungsi kepelbagaian hayat hutan terjejas serta memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan.

“Trend pelaksanaan pembangunan ladang tidak selari dan bercanggah dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1989 iaitu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pemuliharaan, penyelidikan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi tropika 2020.

Advertisement

“Pelaksanaan pembangunan ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal boleh memusnahkan hidupan hutan asal (hutan asli) melalui amalan pengusaha hasilan secara tebang habis,” tegasnya.

Beliau mencadangkan kaedah atau pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan dalam mengusahakan pembangunan ladang hutan tersebut.

“Ladang hutan boleh dibuat tetapi di kawasan bertakrif hutan miskin atau hutan merosot yang mana ianya terbiar tidak mendatangkan hasil atau menjejaskan ekosistem sekitar.

Advertisement

“Hutan miskin atau hutan merosot masa kini yang dijadikan ladang hutan kebanyakan disebabkan faktor manusia kerana pencerobohan hutan dan penerokaan haram.

“Ia juga mungkin disebabkan kelemahan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan-kegiatan di Hutan Simpan Kekal,” tegasnya lagi.

Tambahnya, beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan bagi melaksanakan pembangunan ladang hutan yang telah dibuat sebelum ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top