BM | EN | 中文

Adun Mengkibol telah agih 1,302 kad perubatan, bantu golongan B40 dapat rawatan di klinik swasta

mengkibol-1302-kad-perubatan.jpg
Advertisement

KLUANG, 8 OKT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, sehingga kini pusat khidmatnya telah mengagihkan sebanyak 1,302 Kad Perubatan Mengkibol, inisiatif yang dilakukannya bagi membantu golongan B40 di DUN ini bagi mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Chew dalam satu kenyataan berkata, sehingga Jun lalu, 552 pemegang Kad Sihat bagi tahun 2019-2020 mendapat bantuan perubatan di bawah Inisiatif Bantuan Perubatan Mengkibol.

“Kali ini, tambah lagi 750 orang penerima manfaat baru menjadikan jumlahnya 1,302.

Advertisement

“Semua dari keluarga penerima bantuan bakul makanan melalui kolaborasi pejabat ADUN Mengkibol bersama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) atau persatuan penduduk tempatan,” kata Chew selepas majlis penyerahan kad perubatan itu semalam.

Antara wakil KRT dan persatuan penduduk yang hadir pada sesi penyerahan tersebut adalah KRT Taman Intan 2, KRT Taman Majupadu, KRT Taman Mengkibol, KRT Kg Kolam Air, KRT Taman Kluang Indah, Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Kluang Barat dan Persatuan Penduduk Yap Tau Sah.

Menurut Chew, Kad Perubatan Mengkibol hanya boleh digunakan untuk bayaran perubatan di klinik yang ditetapkan iaitu Klinik Teh, Klinik Jin Ai dan Poliklinik Intan.

Advertisement

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin pada majlis penyerahan Kad Inisiatif Bantuan Perubatan Mengkibol.

Antara manfaat diterima pemegang kad ialah pengecualian bayaran perubatan Kad Perubatan Mengkibol setiap kali dengan tidak melebihi RM50, dengan jumlah pengecualian adalah sebanyak RM100.

Tambah beliau, Kad Perubatan Mengkibol tersebut sah sehingga 31 Mac 2022.

“Penerima manfaat perlu bawa bersama kad pengenalan dengan alamat yang sama dengan Kad Perubatan Mengkibol untuk pengesahan di klinik berkenaan.

Advertisement

“Kami akan tambah jumlah penerima atau panjangkan tempoh ikut kemampuan nanti,” kata Chew lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top