BM | EN | 中文

Adun Mengkibol sumbang pek bekalan nutrisi kepada lebih 500 pelajar sekolah rendah di Kluang

Adun-Mengkibol-sumbang-pek-bekalan-nutrisi-kepada-lebih-500-pelajar-sekolah-rendah-di-Kluang.png
Advertisement

KLUANG, 22 OKT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyerahkan sebanyak 548 pek bekalan nutrisi kepada pelajar beberapa sekolah rendah di daerah ini.

Chew dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan tersebut melibatkan tujuh sekolah jenis kebangsaan (SK) melibatkan 201 pelajar, 20 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina melibatkan 323 pelajar dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil melibatkan 24 pelajar.

“Memandangkan pelajar sekolah rendah daripada keluarga kurang mampu mungkin tidak mendapat makanan yang cukup nutrisi atau berkhiasat akibat belajar di rumah dan tidak dapat menikmati susu atau makanan di bawah rancangan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sepanjang tempoh PKP ini, pejabat Adun Mengkibol menyediakan susu tepung dan cereal Corn Flakes kepada pelajar golongan tersebut,” kata Chew.

Advertisement

Tambah beliau 1,000 set pek bekalan nutrisi disediakan sebelum ini kepada para pelajar dengan makanan dan minuman antaranya termasuk tepung susu Dutch Lady 900g krim-penuh, bijirin Corn Flakes dengan setiap satu berilai kira-kira RM32.50.

Menurut Chew, pelajar sekolah rendah yang menerima Pek Bekalan Nutrisi Mengkibol adalah sama dengan senarai penerima program bantuan pelajar yang kurang mampu RMT yang dijalankan pejabat Adun Mengkibol Julai lalu.

“Sekarang, semua pelajar dapat minum susu.

Advertisement

“Terima kasih guru-guru besar sekolah rendah luangkan masa datang mengambil pek-pek bekalan nutrisi dan edarkan kepada pelajar berkenaan,” kata Chew.

Tambah beliau, pihaknya akan terus memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sebelum ini katanya, pejabat Adun Mengkibol telah memberikan bantuan kewangan antaranya kepada Peruntukan Hari Amal Antarabangsa Kluang 2021 berjumlah RM46,000 dan Kad Sihat Mengkibol dengan kos RM145,000.

Advertisement

Selain itu, pihaknya turut menyediakan peralatan sanitii tangan automatk dan cecair sanitiser sebagai usaha pencegahan wabak ketika sekolah dibuka semula dengan kos RM12,838 dan program bantuan makanan pelajar dengan peruntukan sebanyak RM32,500.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top