BM | EN | 中文

Adun Mengkibol serah sumbangan kepada frontliners Kluang sempena Hari Kemerdekaan

Adun-Mengkibol-serah-sumbangan-kepada-frontliners-Kluang-sempena-Hari-Kemerdekaan.jpg
Advertisement

KLUANG, 31 OGOS: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyampaikan lebih 100 sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di beberapa jabatan kerajaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64, hari ini.

Kata Chong Sin, ia sebagai tanda penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat khususnya ketika pandemik Covid-19.

“Saya bersama anggota pejabat DUN Mengkibol mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua anak Malaysia, sama ada yang berada di dalam atau di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Antara lokasi dikunjungi Chong Sin ialah Hospital Besar Kluang, Pusat CAC Kluang, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan Jalan Mengkibol, Balai Polis Kluang dan Balai Bomba Kluang.

Barangan yang terkandung dalam pek tersebut antaranya Kopi Segera My Kluang, ️Frozen Bun, ️Susu Kambing UK Farm, batu dan epal selain pelitup mulut dan cecair pembasmi kuman.

“Semoga negara kita Malaysia dijauhi dari Covid-19 secepat mungkin dan orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi SOP,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top