BM | EN | 中文

Adun Mengkibol serah 50,000 pelitup muka, mesin sanitasi automatik kepada DAP Melaka

Adun-Mengkibol-serah-50000-pelitup-muka-mesin-sanitasi-automatik-kepada-DAP-Melaka.jpg
Advertisement

KLUANG, 27 OKT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyerahkan 50,000 pelitup muka, mesin sanitiser automatik kepada wakil DAP Melaka, Kerk Chee Yee, untuk digunakan semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) tersebut.

Chew berkata, semua barangan itu merupakan sumbangan ahli parti DAP Kluang bagi kegunaan sukarelawan parti itu dan orang ramai di kempen PRN Melaka sebagai langkah pencegahan wabak.

“Hari pengundian pilihan raya negeri Melaka telah ditetapkan pada 20 November nanti.

Advertisement

“Langkah-langkah pencegahan wabak sepanjang tempoh kempen pilihan raya amat diambil berat oleh orang ramai agar tiada kluster berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

“Pelitup muka amat diperlukan dan kuantiti penggunaan pelitup muka akan meningkat dalam tempoh kempen pilihan raya demi melindungi calon pilihan raya, ahli-ahli parti dan sukarelawan dan orang ramai, ” kata Chew dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, semua pelitup muka itu akan diedarkan kepada pejabat bekas Adun yang lain bagi memastikan semua sukarelawan dan ahli DAP akan mendapat bekalan pelitup muka yang mencukupi sepanjang tempoh kempen.

Advertisement

Sementara itu, Kerk turut menyampaikan ucapan terima kasih atas keprihatinan ahli parti DAP Kluang. “Kami akan mengambil berat tentang langkah pengawalan wabak sepanjang tempoh kempen nanti demi memastikan keselematan semua orang akan dijaga,” kata Kerk Chee Yee.

Beliau turut menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi memandangkan cabaran pilihan raya negeri Melaka kali ini amat besar.

“Setiap undi penting demi membentuk kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada penduduk Melaka.

Advertisement

“Langkah-langkah baharu yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya negeri Melaka adalah seperti peluasan kawasan undi pos yang dibenarkan kepada pengundi Malaysia yang tinggal di Singapura dan Selatan Thailand.

“Ini dijangka akan menjadi satu normal baharu dalam pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top