BM | EN | 中文

Adun Mengkibol serah 157 alat pembersih semburan automatik kepada sekolah di Kluang

Adun-Mengkibol-serah-157-alat-pembersih-semburan-automatik-kepada-sekolah-di-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 12 OKT: Adun Mengkibol, Chew Ching Sin menyerahkan 157 alat pembersih semburan tangan automatik kepada sekolah-sekoah rendah di Kluang.

Chew berkata, penyerahan itu dibuat sebagai persediaan semula sesi persekolahan secara bersemuka yang melibatkan pelajar di negeri Johor.

“Perbelanjaan kesemua peralatan pembersih tangan ini dibiayai dengan peruntukan dana anti-wabak oleh Negeri Johor kepada ADUN sebelum ini.

Advertisement

“Di samping itu, tambahan 56 unit peralatan pembersih tangan akan diedarkan oleh pejabat Adun Mengkibol kepada sekolah rendah kebangsaan, SRJK (Cina) dan SRJK (Tamil) di kawasan DUN Mengkibol dan juga lapan buah sekolah rendah di kawasan lain daerah Kluang hasil derma sekumpulan penderma warganegara Malaysia di Nanjing, China,” kata Chew dalam satu kenyataan.

Hadir sama pada majlis ringkas penyerahan ialah Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali, Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit dan wakil dari Majlis Guru Besar Daerah Kluang.

Pembahagian alat pembersih semburan tangan automatik diagihkan untuk DUN Mengkibol (46 unit), DUN Mahkota (30 unit) dan DUN Paloh (25 unit).

Advertisement

Dalam pada itu, Chew memaklumkan pihaknya telah menyumbangkan sebanyak RM1,000 kepada Komuniti Tani Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin disini.

Katanya, projek di bawah bimbingan Komuniti Tani itu telah berjaya menuai hasil setelah dilaksanakan sejak awal Ogos 2020.

“Program ini selaras dengan Projek Pertanian Bandar yang dilancarkan oleh kerajaan persekutuan di bawah skim Penjana,” kata Chew.

Advertisement

Beliau sebelum itu telah memperuntukkan sejumlah RM2,500 kepada jawatankuasa Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin untuk membeli peralatan Program Usahawan Tani Mengkibol seperti rak-rak, sistem hipotonik termasuk tiub, sabut kelapa, gelas, baja dan sebagainya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top