BM | EN | 中文

Adun Mengkibol sedia bantu kos ubahsuai bas pelancong jadi unit bergerak vaksinasi

chew-chong-sin-adun-mengkibol-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 10 JUN: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, pihaknya sedia membantu kos ubahsuai bas pelancongan untuk dijadikan bas bergerak vaksinasi khas untuk daerah Kluang.

Menurut Chong Sin, ini kerana daerah Muar telah melaksanakan perkhidmatan bas sebagai Unit Bergerak Vaksinasi bermula Khamis lalu.

“Adakah perkhidmatan Unit Bergerak Vaksinasi di Kluang akan menyusul tidak lama lagi?

Advertisement

“Pejabat Adun Mengkibol sedia membantu dari segi kos dalam mengubahsuai bas pelancongan kepada bas bergerak vaksinasi khas untuk daerah Kluang,” katanya.

Tambahnya, pejabat daerah Kluang juga harus menyediakan perkhidmatan Unit Bergerak Vaksinasi secepat mungkin untuk mengelakkan warga Kluang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk vaksinasi.

“Unit Bergerak boleh bermula dengan memberi suntikan kepada ramai penduduk mukim Kluang yang diberikan temu janji di Simpang Renggam.

Advertisement

“Beberapa kawasan bandar seperti Mengkibol mempunyai pusat vaksin, tetapi ramai orang perlu menempuh perjalanan 60 kilometer ulang alik dari Kluang ke Simpang Renggam untuk mendapatkan vaksinasi.

“Kami juga telah menerima tawaran dari syarikat pelancongan dan bersedia menyewa bas pelancongan mereka sebagai Unit Bergerak untuk vaksinasi,” ujarnya.

Beliau memetik kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba yang membenarkan pejabat daerah di seluruh negara melaksanakan perkhidmatan Unit Bergerak Vaksinasi bagi meningkatkan kadar vaksinasi di kawasan luar bandar dalam negara kita.

Advertisement

“Oleh itu, Pejabat Daerah Kluang harus menyediakan perkhidmatan Unit Bergerak Vaksinasi secepat mungkin untuk meningkatkan kadar vaksinasi di daerah Kluang.

“Buat masa ini, Kluang adalah daerah dengan kadar pendaftaran terendah di Johor,” kata Chong Sin lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top