BM | EN | 中文

Adun Mengkibol sampaikan sumbangan makanan untuk penduduk Taman Puteri yang berdepan PKPD

Adun-Mengkibol-sampaikan-sumbangan-makanan-untuk-penduduk-Taman-Puteri-yang-berdepan-PKPD.jpg
Advertisement

KLUANG, 10 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada penduduk Taman Puteri.

Menurut Chong Sin sumbangan diserahkan kepada penduduk di taman perumahan tersebut yang kini menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 6 Ogos sehingga 19 Ogos depan.

“Wakil-wakil rakyat dan penggerak Pakatan Harapan telah bersama-sama memberikan sumbangan makanan kepada penduduk taman tersebut,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Advertisement

Antara bantuan barangan makanan yang diberikan antaranya termasuk 450 ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan dan 450 papan telur ayam.

Menurut Chong Sin antara dermawan yang memberikan sumbangan termasuk Juan Hai Plantation, KRT Tmn Intan 2 dan para petani dari Kahang.

“Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang sudi menyumbang sayur-sayuran dan buah-buahan demi menjayakan pengagihan hari ini,” kata Chong Sin lagi.

Advertisement

Johorkini

 

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top