BM | EN | 中文

Adun Mengkibol sampaikan sumbangan kerusi roda untuk kegunaan PPV di Kluang

Adun-Mengkibol-sampaikan-sumbangan-kerusi-roda-untuk-kegunaan-PPV-di-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 28 JUN: Prihatin dengan keperluan pihak tertentu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin dengan kerjasama Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia (Kluang) telah menyampaikan sumbangan 11 buah kerusi roda.

Kata Chong Sin ia bagi kegunaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang baru di Kluang.

“Sebaik kami merancang untuk membeli kerusi roda semalam, seorang pengakap siswazah Sekolah Tinggi Chong Hwa Kluang, Lin Qiuling, yang berminat bersama pengakap siswazah Lin Jinhai menemui penaja dan membelikan lima unit kerusi roda baru:

Advertisement

“Presiden Tzu Chi Kluang, Wang Chengyao juga segera menyumbang enam unit kerusi roda terpakai kepada PPV baru di Kluang untuk memberi manfaat kepada orang ramai,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, fasa kedua pemberian vaksin di Kluang bermula pada 29 April, dan kini masih dalam tahap pemberian vaksin kepada warga emas.

“Baru-baru ini, seperti banyak pusat vaksin yang lain, kerana bekalan vaksin tidak mencukupi, hanya penerima vaksin dos kedua yang dapat membuat janji temu,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top