BM | EN | 中文

Adun Mengkibol sampaikan sumbangan bernilai RM10,000 untuk sepuluh keluarga, SJK (T) Ladang Elaeis

Adun-Mengkibol-sampaikan-sumbangan-bernilai-RM10000-untuk-sepuluh-keluarga-SJK-T-Ladang-Elaeis.png

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada sepuluh keluarga dan SJK (T) Ladang Elaeis, baru-baru ini

Advertisement

KLUANG, 17 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk sepuluh keluarga dan SJK (T) Ladang Elaeis disini sempena Deepavali, baru-baru ini.

Menurut beliau, sumbangan itu dibuat setelah tinjauan dan lawatan ke rumah oleh petugas pusat khidmat Adun Mengkibol, manakala baucer melalui sumbangan Kelab Lion dan Pertubuhan Kebajikan Eden, Kluang.

“Sejumlah RM9,000 dan RM1,500 baucer membeli-belah diedarkan kepada keluarga-kelurga tersebut di Pusat Khidmat Pakatan Harapan semalam.

Advertisement

“Di antara sepuluh keluarga yang menerima manfaat, termasuk enam keluarga India, dua keluarga Cina, satu keluarga Melayu dan Sikh,” menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, sejumlah RM1,000 diperuntukkan kepada SJK (T) Ladang Elaeis sebagau sumbangan bagi perbelanjaan barangan keperluan.

Menurut Chong Sin, sekolah tersebut telah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Frog Sedunia 2020 dan sumbangan diterima melalui Pengerusi PIBG, SJK (T) Ladang Elaeis, Encik Murugan.

Advertisement

“Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Setiap perayaan telah memperingatkan kami agar mengambil berat dan memberi perhatian terhadap semua golongan tanpa kira kaum,”ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top