BM | EN | 中文

Adun Mengkibol mohon MPK bina fasiliti tingkat pencahayaan di lokasi berlaku kemalangan

Adun-Mengkibol-mohon-MPK-bina-fasiliti-tingkat-pencahayaan-di-lokasi-berlaku-kemalangan.png
Advertisement

Adun Mengkibol mohon MPK bina fasiliti tingkat pencahayaan di lokasi berlaku kemalangan

KLUANG, 5 NOV: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin memberitahu pihaknya telah memohon kepada Majlis Perbandaran Kluang (MPK) untuk meningkatkan kualiti pencahayaan di beberapa lokasi di bandar ini yang berpotensi untuk berlaku kemalangan.

Chong Sin dalam kenyataannya berkata, kawasan yan terdapat kekurangan pencahayaan adalah di persimpangan Taman Suria dan Taman Murni di bandar ini.

Advertisement

Menurut beliau, telah berlaku kemalangan maut melibatkan seoang penghantar makanan yang menaiki motosikal dengan sebuah kereta di jalan dari Lian Seng menghala ke Kg. Baru Niyor pada 1 November lalu.

Kata Chong Sin, surat permohonan bagi pemasangan lampu jalan telah dihantar kepada pihak MPK dan kini sedang menunggu makluman lanjut.

Kata Chong Sin, beliau sering mengenengahkan cadangan penaiktarafan keselamatan jalan raya di sekitar daerah Kluang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Kluang dan sidang DUN.

Advertisement

Namun katanya, beliau tidak dapat lagi menghadiri mesyuarat tersebut selepas berlakunya pertukaran kerajaan.

“Demi keselamatan dan kemudahan pengguna jalan raya, pihak kami ingin meminta MPK untuk memasang lampu jalan dan papan tanda keselamatan jalan raya, seperti pemantul cahaya di kawasan berkenaan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top