BM | EN | 中文

Adun Mengkibol lancar program ujian saringan COVID-19 dengan harga subsidi

chew-chong-sin-ujian-rapid-kit-cavid-19.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 JAN: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin melancarkan program ujian pengesanan pantas (Rapid Test) untuk saringan COVID-19 dengan harga subsidi.

Chong Sin dalam kenyatannya hari ini memaklumkan, program itu menyediakan sejumlah 1,000 kit ujian bagi fasa pertama untuk petugas-petugas barisan hadapan dan orang awam.

“Diantara 1,000 kit ujian COVID-19 tersebut, separuh daripadanya akan disediakan untuk petugas-petugas barisan hadapan dengan harga hanya RM50.

Advertisement

“Separuh lagi untuk warga Kluang dengan harga hanya RM70, di mana ujian akan dijalankan di klinik swasta.

“Individu yang berminat menjalankan saringan boleh mengisi borang online,” kata Chong Sin.

Beliau turut menyeru individu yang sering berulang-alik ke kawasan zon merah dan terdedah kepada persekitaran risiko tinggi bagi menjalankan ujian saringan pengesanan pantas.

Advertisement

“Sebagai Adun yang selalu bertemu orang ramai, saya sentiasa menjalankan saringan ujian demi menjamin kesihatan diri dan juga mengurangkan risiko penyebaran virus,” ujarnya.

Chong Sin turut menaja saringan ujian berjumlah 10 kit ujian kepada polis, ahli pasukan APM, ahli bomba, pekerja JKM dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang.

Semalam, senator dari Selangor, Yaakop Sapari dikesan positif Covid-19 sebelum beliau bertolak ke Pahang untuk menyertai misi bantuan bencana banjir.

Advertisement

Chong Sin turut menggesa kerajaan menyediakan ujian pengesanan pantas untuk mereka yang berisiko antaranya pegawai penjara yang tinggal di luar kawasan penjara selain polis yang bertugas di pusat tahanan.

Selain itu pengesanan pantas juga perlu dilakukan kepada penguatkuasa dan pekerja pembersihan Majlis Perbandaran dan petugas barisan hadapan seperti ahli APM, JKM dan anggota bomba yang menyertai kerja bantuan bencana.

Dalam pada itu beliau memaklumkan pagi ini telah ke KPJ Kluang Specialist Hospital (KPJ Kluang) untuk melakukan ujian saringan secara pandu lalu bersama Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Advertisement

Hasil ujian saringan yang diperolehi sejam kemudian mendapati kedua-duanya negatif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top