BM | EN | 中文

Adun Mengkibol kerjasama dengan lebih 15 pertubuhan amal bantu keluarga terkesan di Kluang

Adun-Mengkibol-kerjasama-dengan-lebih-15-pertubuhan-amal-bantu-keluarga-terkesan-di-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 JUL: Pejabat Adun Mengkibol bekerjasama dengan lebih 15 pertubuhan di daerah ini bagi membantu keluarga yang terkesan dan kekurangan bekalan makanan.

Adun Mengkibol Chew Chong Sin, berkata antara yang terlibat membantu adalah KRT Taman Intan 2, Persatuan Kebajikan Taman Kluang Barat, JPKK Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, Gobok Rakyat Johor dan Persatuan Cina Jalan Wayang.

Manakala bagi kerja pengedaran pihaknya bekerjasama bersama antaranya NGO PEKASIH Johor, Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat, Parti Amanah Kluang dan PKR Kluang.

Advertisement

Di samping itu, Pejabat Adun Mengkibol mendapati ada rumah sesetengah penerima pek makanan telah rosak sehingga bumbung bocor, antaranya yang dihuni seorang warga emas di Kampung Paya.

“Oleh itu, pasukan Pejabat Adun Mengkibol juga membantu,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Selain daripada bakul makanan, Pejabat Adun Mengkibol juga menyumbang RM30 baucer alat-tulis kepada pelajar terpilih oleh pihak sekolah, antaranya kepada SJKC Ping Ming, Kluang.

Advertisement

Pihaknya turut menyumbangkan perobot kepada sebuah keluarga yang tiga daripadanya masih belajar di SJKC Ping Ming.

“Anak mereka membuat kerja rumah di atas lantai, tiada meja langsung di rumah.

“Dengan kaedah berkolaborasi dgn pertubuhan-pertubuhan setempat semoga dapat menyalurkan bantuan kepada sebanyak keluarga,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top