BM | EN | 中文

Adun Mengkibol harap baikpulih persimpangan Taman Ria, Sri Lalang disegerakan

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin berharap pelebaran jalan di persimpangan Taman Ria, Sri Lalang, Kluang yang sering mengakibatkan kemalangan diselesaikan segera.

Chong Sin dalam satu kenyatannya berkata isu tersebut telah beberapa kali dibangkitkan di peringkat Dewan Undangan Negeri, dalam masa yang sama telah diajukan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan Batu Pahat

Menurut beliau susulan terbaru dilakukannya pada November sesi pembahasan beliau di persidangan DUN meminta tanggungjawab pihak berkuasa atas kecacatan rekabentuk jalan raya yang menyebabkan kemalangan.

Advertisement

Beliau juga telah menyerahkan satu surat susulan bertarikh 30 Nov terhadap surat susulan yang dihantarnya kepada JKR Johor pada 3 November, dinamakannya “Surat Susulan terhadap Surat Susulan” .

“Mengapakah JKR Johor tidak memperbaiki kecacatan jalan di lampu isyarat Taman Ria, Sri Lalang yang telah mengakibatkan banyak kes kemalangan yang terlanggar pembahagi jalan yang menyempitkan kelebaran jalan, sejak pembinaan pada 2017? soalnya.

Beliau memaklumkan jawapan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri bahawa permohonan peruntukan sebanyak RM150,000 akan dikemukakan untuk perancangan perlaksanaan kerja pembaikan tahun 2021.

Advertisement

Kata Solihan dalam sesi penggulungan pada hari Khamis 3 Disember bahawa kajian terperinci telah siap dan projek ini telah dimasukkan di dalam permohonan RMK Ke-12.

Walaubagaimanapun katanya, projek ini masih belum tersenarai untuk dilaksanakan dalam RP-1 dan pihak JKR Johor akan terus menyenaraikan projek ini sebagai keutamaan dalam rolling plan yang seterusnya.”

“Dengan usaha selama dua tahun dan “Surat Susulan terhadap Surat Susulan” dikemukakan di persidangan DUN Johor, akhirnya satu surat balasan daripada JKR Johor telah diterima pada 8 Dis.

Advertisement

“Surat dihantar oleh JKR Johor kepada Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 2 Dis memberi sokongan ke atas permohonan peruntukan JKR Batu Pahat berjumlah RM500,000 demi kerja-kerja pembaikan di zon kemalangan tersebut,” tambah beliau.

Tambah Chng Sin, dua pegawai khas Adun Mengkibol bersama bekas Ketua Masyarakat Kg. Sri Lalang Koo Jen Hong telah membuat lawatan tapak sekali lagi pada hari Selasa.

Pihaknya mendapati kelebaran jalan yang disempitkan akibat penambahan pembahagi jalan masih belum diperbaiki oleh pihak berkuasa.

Advertisement

“Jalan ini adalah di bawah kuasa pentadbiran JKR Batu Pahat, merupakan jalan utama daripada Batu Pahat ke Kluang.

“Didapati tiang-tiang plastik (flexible post) telah ditambah di zon tersebut, tetapi garisan jalan yang baru dan lama masih wujud dan mengelirukan pengguna jalan raya,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top