BM | EN | 中文

Adun Mengkibol harap baikpulih infra selesaikan masalah banjir sekitar Econsave Kluang

Adun-Mengkibol-harap-baikpulih-infra-selesaikan-masalah-banjir-sekitar-Econsave-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 OKT: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berharap pemasangan pembentung kekotak baru dan kerja baikpulih infrastruktur awam dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap berlaku di sekitar kawasan Econsave Kluang.

Kata Chew masalah banjir berlaku apabila Crossing Culvert (pembentung kekotak) selebar 3 meter di bahagian hulu FT56 Jalan Mersing, tidak dapat menyalurkan air hujan ke longkang bawah sebelah Jalan Mersing yang selebar 7 meter dgn dengan cepat menyebabkan tempat ini menjadi Zon Banjir Kilat Di Kluang.

Beliau berkata, pada Januari 2021, pihaknya telah mencadangkan kerja memperdalam dan melebarkan dasar sungai, memperkukuh dan menaikkan tanggul, memasang injap saluran sehala (Non Return Flap Valve) dan kolam takungan banjir yang besar.

Advertisement

“Dimaklumkan bahawa culvert bulat selebar 2.1 Meter akan dibina di sebelah culvert 3 Meter yang sedia ada sebagai tambahan di bawah projek sekarang.

“Culvert dibina di bawah tanah sedalam 1.5 Meter, supaya trafik dan infrakstruktur awam di atas tanah yg sedia ada tidak akan dipengaruhi mana yang mungkin.

“Culvert baharu akan menyalurkan air yang beralir dari arah Aeon Big, manakala culvert yang sedia ada akan terus mnenyalurkan air yang beralir dari arah Gunung Lambak.

Advertisement

“Di antara kedua-dua culvert ini akan dibina satu tembok setinggi satu meter bagi mengelakkan campur gaul kedua-dua aliran daripada dua hala,” kata Chew dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Chew bersama Encik Wahid dari JKR Kluang dan juga wakil kotraktor, Encik Zamani membuat tinjauan tapak di persimpangan Econsave.

“Kami dimaklumkan oleh wakil kontraktor, mereka telah berbincang dengan pemilik infrakstruktur awam berkenaan termasuk SAJ, TNB dan Gas Malaysia atas isu pemindahan infrastruktur berkenaan, lalu mulakan projek naiktaraf culvert.

Advertisement

“Projek ini memakan kos RM2.3 juta, dan dijangka akan siap sebelum Ogos tahun depan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top