BM | EN | 中文

Adun Mengkibol hantar alat pembersih udara di PPV Kluang

Adun-Mengkibol-hantar-alat-pembersih-udara-di-PPV-Kluang.png
Advertisement

KLUANG, 8 OGOS: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyampaikan tiga buah alat Syarikat May Air udara dengan fungsi pembasmian kuman yang disumbangkan syarikat May Air kepada pusat pemberian vaksin (PPV) di Kluang.

Chong Sin berkata, alat pembersih udara itu diharap akan membantu meningkatkan usaha sedia ada bagi memastikan udara bersih di PPV yang kini sedang menjalankan program vaksinasi COVID-19.

Beliau dalam kenyataan berkata, alat pembersih udara itu dipinjamkan ke PPV Kluang di Menara LHDN.

Advertisement

“Ini dengan harapan dapat memastikan kualiti udara di PPV terjamin dan menjaga kebajikan penerima vaksin dan petugas-petugas perubatan,” katanya.

Beliau memaklumkan alat pembersih udara itu diimport dari kilang pembuatan syarikat tersebut di Nanjing, China.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top