BM | EN | 中文

Adun Mengkibol dan Mahkota serah sumbangan kepada pemandu bas ekspres Kluang

ADUN-Mengkibol-dan-ADUN-Mahkota.jpg

35 pemandu bas di Kluang dari daripada pelbagai syarikat pengangkutan menerima bantuan dari Adun Mengkibol dan Adun Mahkota

Advertisement

KLUANG, 2 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit menyampaikan sumbangan kepada para pemandu bas ekspres yang terkesan pendapatan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sumbangan melalui pejabat khidmat masyarakat Adun Mengkibol dan Mahkota kepada para pemandu bas ekspres di daerah ini dilakukan dalam satu majlis ringkas di Pusat Perhentian Bas Kluang.

Antara sumbangan berupa barangan keperluan harian diserahkan kepada 35 pemandu bas di Kluang yang terdiri daripada pelbagai syarikat pengangkutan.

Advertisement

“Pemandu bas ekspres, terutamanya bas ekspres rentas negeri yang tidak dapat beroperasi sememangnya terjejas pendapatan mereka dengan teruk,” kata Chong Sin.

Hadir sama pada majlis itu ialah En. Fauzi selaku wakil kepada Adun Mahkota, Cik Boo dan Cik Angel selaku pembantu Adun Mengkibol dan bekas ketua masyarakat Pua Meng Hui selain wakil syarikat bas Datuk Suchdav.

Dalam pada itu kata Chong Sin, warga Kluang yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan boleh mengisi borang maklumat untuk memohon bantuan.

Advertisement

Pautan borang maklumat boleh didapati di Laman Facebook rasmi Chew Chong Sin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top