BM | EN | 中文

Adun Mengkibol cadang pengecualian kuarantin untuk pelancong telah terima dua dos vaksin

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 14 APR: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan pengecualian kuarantin kepada pelancong yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, kini merupakan masa yang sesuai untuk membuka sempadan negara kepada pengunjung memandangkan pelbagai jenis vaksin telah dipasarkan secara global dan banyak negara telah bermula memberi vaksin kepada warganegara mereka sejak awal tahun ini.

Ujarnya, akibat penutupan sempadan negara secara global,industri pelancongan negara kita telah mengalami kerugian sebanyak RM100 billion dan membawa kepada gelombang pemberhentian kerja dalam industri pelancongan.

Advertisement

“Jika menilai dari segi pemulihan ekonomi dan penilaian risiko, risiko penyebaran virus Covid-19 adalah amat rendah bagi golongan pengunjung yang sudah terima dua dos suntikan.

“Oleh itu, kerajaan harus membenarkan kemasukan dan pengecualian kuarantin terhadap golongan ini, tetapi harus terus memantau jelajah perjalanan mereka selama 14 hari.

“Pada peringkat ini, mengikut peraturan kerajaan, pengunjung negara asing ataupun rakyat Malaysia yang sudah terima dua dos suntikan vaksin masih perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari apabila tiba di Malaysia,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Advertisement

Namun katanya, langkah itu merupakan satu pilihan yang tidak munasabah bagi pelancong perniagaan antarabangsa.

“Polisi baharu yang dicadangkan oleh saya, iaitu kemasukan dan pengecualian kuarantin boleh dilaksanakan pada golongan pelancong perniagaan antarabangsa dan rakyat Malaysia yang pulang ke negara kita.

“Terdapat lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia hidup di merata tempat luar negara, ramai daripada mereka sudah menerima vaksin di negara yang diduduki masing- masing. Kini tiba masanya untuk membenarkan mereka kembali ke tanah air dan bertemu dengan ahli-ahli keluarga.

Advertisement

Walaubagaimanapun, seperti dikatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, golongan yang sudah terima vaksin tidak bermakna mereka akan bebas daripada dijangkiti virus Covid-19.

“Oleh itu mereka masih perlu mematuhi SOP,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, sejak Januari polisi pengecualian saringan ujian dan kuarantin dilaksanakan terhadap pelancong yang sudah divaksin telah diumumkan oleh kerajaan Romania, kerajaan Poland, Estonia, Serbia, Bahrain, Cyprus, Portugal, Iceland Seychelles dan beberapa negara lain.

Advertisement

Chong Sin juga sebelum ini telah mencadangkan pengecualian kuarantin kepada pengunjung asing dari negera yang tiada kes jangkitan komuniti tempatan selama 14 hari berturut-turut.

Malah, pengecualiian kuarantin telah diberi kerajaan England kepada pelancong Singapura kerana tiada kes jangkitan komuniti tempatan dikesan di negara itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top