BM | EN | 中文

Adun Mengkibol cadang pengecualian kuarantin bersyarat unilateral kemasukan Malaysia-Singapura

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 27 MAC: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan kerajaan agar rakyat Malaysia dan Singapura yang menyeberangi sempadan dikecualikan daripada kuarantin selama 14 hari setelah vaksin diberikan.

Katanya, Malaysia juga harus secara unilateral mengecualikan penduduk negara-negara tanpa jangkitan komuniti selama 14 hari berturut-turut daripada dikuarantin jika memasuki Malaysia.

Ini kerana menurut Chong Sin, mengikut piawaian antarabangsa, kuarantin bergantung kepada profil risiko dari negara pelawat antarabangsa.

Advertisement

“Walaupun masih ada risiko dijangkiti wabak ini dari segi teori, tetapi ia merupakan tahap risiko rendah yang boleh diterima.

“Sebagai contoh, United Kingdom mengecualikan syarat kuarantin kemasukan untuk pengunjung dari Singapura kerana profil berisiko rendah Singapura.

“Sekiranya terdapat kes jangkitan baharu di komuniti setempat di negara kategori ini, maka mekanisme pengecualian kuarantin harus ditangguhkan sehingga tiada kes jangkitan baharu selama 14 hari,” kata Chong Sin dalam satu kenyatan baru-baru ini.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan Pegawai Pemeriksa Sempadan Malaysia melakukan ujian saringan pantas untuk semua pengunjung yang dikecualikan kuarantin semasa pelepasan kastam dan dilepaskan setelah hasil ujian negatif diperoleh dalam waktu setengah jam.

“Sekiranya negara kita mengecualikan secara unilateral, dan Singapura pula hanya mewajibkan warganya kuarantin di rumah, ini akan dapat
menyelamatkan ekonomi Johor Bahru dan merangsang kegiatan ekonomi di Johor, terutamanya industri makanan-minuman dan pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu kata Chong Sin, pihaknya mengalu-alukan pertemuan Menteri Luar kedua-dua negara yang bersetuju untuk secara beransur-ansur memulihkan laluan hijau timbal balik (RGL) dan pengaturan ulang-alik berkala (PCA).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top