BM | EN | 中文

Adun Mengkibol cadang “Link Johor” untuk bangun jajaran ekonomi zon Johor tengah

Chew-Chong-Sin-mengkibol-PH-DUN-Johor.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 25 NOV: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin telah membentangkan cadangan pembangunan inftrastruktur “Link Johor” sewaktu perbahasan Belanjawan Johor 2022 beliau di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia katanya selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030 untuk mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan holistik.

Menurut beliau, selama ini aktiviti perkembangan ekonomi dan pelaburan lebih tertumpu kepada kawasan selatan negeri Johor, seperti Johor Bahru.

Advertisement

“Ini bukan satu perkembangan yang sihat bagi seluruh negeri. Dengan adanya cadangan penyediaan jaringan sistem pengangkutan mega ini, seluruh negeri akan berkembang secara holistik dan penduduk Johor menikmat buah kemakmuran bersama.

“Di bawah cadangan Pembangunan infrastruktur “Link Johor”, dua cadangan diutarakan iaitu cadangan pembinaan Lebuhraya Johor Tengah yang menghubungkan Batu Pahat, Ayer Hitam dan Kluang dengan jarak 40 kilometer.

“Dengan ini, perjalanan dari Kluang ke Batu Pahat dapat dipendekkan kepada 30 minit, dan satu lingkungan kehidupan dalam jarak 30 minit radius ataupun Zon Promisi Pembangunan bagi kedua-dua bandar utama yang terletak di kawasan Tengah Johor dapat diwujudkan.

Advertisement

“Seterusnya aktiviti ekonomi antara Batu Pahat dan Kluang akan meningkat secara signifikan,” kata Chew.

Ujarnya, cadangan itu dapat mengasingkan trafik terus (through traffic) daripada trafik setempat (local traffic) bagi mengurangkan risiko pengguna jalan raya setempat menggunakan Jalan Persekutuan FT50 yang merbahaya selama ini.

“Lebuh raya ini juga akan menyambung pusat bandar Batu Pahat ke Yong Peng Selatan dan seterusnya ke bandar Kluang, ” kata Chew.

Advertisement

Tambahnya, cadangan ini selaras Rancangan Fizikal Negara Ke-empat (RFN4) yang memberikan fokus terhadap aspek keseimbangan pembangunan antara wilayah, bandar dan luar bandar.

“Di bawah RFN ke-empat, Johor Tengah dikategorikan sebagai salah satu Zon Promosi Pembangunan.

“Oleh demikian, rangkaian pengangkutan bahagian Johor Tengah harus diberikan tumpuan dan naiktaraf oleh kerajaan negeri Johor demi menampung keperluan pertumbuhan ekonomi masa depan.

Advertisement

Manakala cadangan kedua menurut Chew adalah pembinaan seksyen jalan sambungan 20 kilometer dari Layang-Layang ke Kulai, dan seksyen jalan sambungan 15 KM dari Bandar Tenggara terus ke Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) bersambung ke Ulu Tiram, ke lapangan terbang Senai dan ke Linkedua Malaysia-Singapura.

“Kedua-dua jalan sambungan ini dapat dijadikan jalan alternatif yang selari kepada Lebuhraya Utara–Selatan akan bantu menyalur sebahagian lalu lintas daripada Lebuh Raya Utara Selatan ke SDE, terutamanya bahagian Kulai ke Johor Bahru yang sering berlaku kesesakan lalu lintas pada musim perayaan dan percutian, ” kata YB Chew.

“Projek jalan sambungan yang dicadangkan berasaskan jalan raya sedia ada, di mana hanya sebahagian jalan sambungan baharu perlu dibina dengan kos pembangunan infrastruktur yang jauh lebih rendah tetapi akan dapat membawa kesan limpahan ekonomi (spill over effect) yang tinggi kepada perkembangan ekonomi Johor,” kata Chew.

Advertisement

Tambah Adun Mengkibol itu, pihaknya telah berbincang dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dan swasta, seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat YTL, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Majlis Perbandaran Kluang, Jabatan Kerja Raya (JKR) atas kebolehlaksanaan cadangan berikut.

“Respon positif diterima setakat ini,” kata Chew lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top