BM | EN | 中文

Adun Mengkibol cadang kerajaan bantu pekebun melalui pembelian harga terendah

adun-mengkibol-beli-nanas.png
Advertisement

KLUANG, 23 JUL: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan kerajaan membantu industri pertanian dan pekebum kecil melalui kaedah pembelian bagi harga terendah.

Katanya kerajaan boleh menetapkan mekanisme harga belian terendah untuk buah-buahan dan sayur-sayuran bagi meningkatkan jualan para pekebun yang terkesan.

Selain itu beliau mencadangkan kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi pertanian moden untuk meningkatkan kadar keuntungan pertanian.

Advertisement

“Ini supaya benar-benar mewujudkan jaringan keselamatan makanan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, peladang buah-buahan perlu didorong untuk menjalankan jualan dalam talian, atau mengikuti contoh pejabat DUN tahun lalu yang menghubungkan bebarapa peladang buah-buahan dan menghantar produk buah-buahan ke Lembah Klang.

Ujarnya, melalui inisiatif jualan dilakukannya sebelkum ini melalui pengedaran kotak buah-buahan ke Kuala Lumpur, pejabat DUN Mengkibol berjaya menjual sekitar 30,000 nenas Simpang Renggam ke seluruh negara tahun lalu, dengan jualan harian tertinggi melebihi 8,000 biji.

Advertisement

“Dua bulan ini adalah musim buah-buahan, tetapi nanas yang masak tidak boleh tunggu lagi.

“Saluran dan kuantiti jualan nanas berkurangan akibat penutupan restoran, pasar pagi dan malam, dan daya beli orang ramai menyusut.

“Perbelanjaan swasta di Malaysia menyumbang 60 peratus kepada KDNK dan PKP mengakibatkan aktiviti perbelanjaan ekonomi berkurangan, dan perniagaan kecil terjejas,” ujarnya lagi.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, kerajaan perlu memberi kebenaran sewa lebih banyak tanah terbiar kerajaan kepada petani yang melibat secara langsung dalam pertanian.

Menurut Chong Sin terdapat 18,000 ekar tanah terbiar kerajaan Johor dengan 3,000 diantaranya di daerah Kluang.

Terdahulu beliau membantu pekebun nanas melalui belian sebanyak RM3,000 mengikut harga jualan RM2 sebiji yang berjumlah 1,500 biji daripada peladang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top