BM | EN | 中文

Adun Mengkibol cadang hari persidangan DUN Johor ditambah untuk bincang isu banjir

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 3 JAN: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mecadangkan agar sidang DUN Johor dilanjutkan bagi membincangkan isu kawalan banjir di negeri ini.

Katanya, menurut warta diterbit kerajaan negeri, sidang DUN Johor hanya akan diadakan sehari sahaja, iaitu pada 6 Januari 2022.

Menurut Chew, sidang itu bagi membentangkan pindaan Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bertujuan menurunkan umur seorang warganegara yang layak menjadi Adun daripada 21 kepada 18 tahun .

Advertisement

“Kini, Johor sedang menghadapi amaran cuaca ekstrem pada hujung tahun dan awal tahun ini.

“Tetapi kerajaan belum megambil langkah-langkah pencegahan secara besar-besaran seperti membersihkan dasar sungai dan membina kolam kawalan banjir di beberapa kawasan yang selau dilanda banjir teruk seperti kawasan Johor Selatan, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang.

“Saya mencadangkan sidang DUN kali ini dilanjutkan agar membolehkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi taklimat dan pada ADUN dapat membincangkan pelan tindakan pengurusan banjir dan memberikan peruntukan khas kawalan banjir kepada JPS, jika perlu,” kata Chew.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top