BM | EN | 中文

Adun Mengkibol cadang bina taman di rel keretapi yang ditinggalkan di Kluang

Gambaran-indikasi-bagi-Taman-Rekreasi-Landasan-Keretapi.jpg
Advertisement

KLUANG, 15 DIS: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan pembinaan taman di landasan kereta api lama di bawah jambatan bertingkat yang sedang dibina.

Katanya, taman itu yang dinamakan Taman Rekreasi Keretapi Kluang akan menjadi pemacu penting bagi perkembangan ekonomi Kluang dan pasti akan dapat menarik ramai pelancong datang melancong di daerah ini.

“SIPP-YTL, kontraktor Landasan Kereta api Elektrik Berkembar sebenarnya telah bersetuju membina Taman Rekreasi Keretapi Kluang berbentuk panjang dan sempit sepanjang tiga kilometer ( #KluangLinearPark) dengan kaedah tanggungjawab sosial korporat (#CSR) pada tahun 2019.

Advertisement

“Sebelum ini, tinjauan tapak serta lukisan reka bentuk telah disemak semula dan siap sedia sebelum bertukar kerajaan.

“Saya juga telah menghantar surat kepada Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan, meminta beliau campur tangan dan membantu kami warga Kluang merealisasikan projek pembangunan yang akan membawa impak besar ini.

“Walaupun kerajaan telah berubah, tetapi semua projek pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat harus terus direalisasikan demi kesejahteraan warga Kluang dan kemampanan pertumbuhan ekonomi Kluang,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top