KLUANG, 29 JUL: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menganjurkan ujian saringan Covid-19 untuk mahasiswa yang pulang ke kampung halaman di Kluang dengan harga subsidi.
Chong Sin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Pejabat Adun Mengkibol dengan kerjasama Klinik My Care mengadakan program ujian saringan Covid-19 dengan insentif RM40 setiap individu, berbanding kos saringan biasa pada kadar RM70.
“Mahasiswa dan mahasiswi digalakkan menjalankan saringan ini demi melindungi diri dan melindungi komuniti.
“Mereka perlu membuat temu janji dengan membawa kad pelajar dan IC dengan alamat Kluang, agar membuktikan dia adalah pelajar yang duduk di Kluang,” kata Chong Sin.
Katanya temujanji bagi ujian saringan Covid-19 dibuka setiap hari dengan 100 slot ujian
“Siapa cepat dia dapat.
“Untuk tempahan, sila Whatsapp nama, no kad pengenalan dan nama IPT ke nombor 010-8381241,” katanya lagi.
Johorkini