BM | EN | 中文

ADUN Mengkibol anjur jualan hadiah bunga nanas di Shopee

chew-chong-sin.jpg

Chew Chong Sin (tiga dari kiri) turut mempromosikan buah tempatan Johor ke peringkat kebangsaan.

Advertisement

KLUANG, 10 JAN: Pejabat ADUN Mengkibol berjaya mengadakan program Jualan Set Hadiah Bunga Nanas di platform jualan atas talian, Shopee.

ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, program yang pertama kali diadakan itu bertujuan meningkatkan pendapatan petani kecil di Simpang Renggam.

“Objektif program tersebut adalah untuk membantu pekebun kecil menjual tanaman secara atas talian untuk mendapatkan pendapatan tambah dengan menjual secara langsung kepada pembeli.

Advertisement

“Pejabat ADUN Mengkibol bukan sahaja berjaya mengadakan kerjasama dengan Shopee dan menjual set hadiah bunga nanas melalui platform e-dagang, tetapi juga mengadakan sesi Shopee Live,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Chong Sin, program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan, lebih-lebih lagi dalam suasana perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top