BM | EN | 中文

ADUN MAHKOTA ZIARAH PRIHATIN, SERAH BANTUAN DAN KERUSI RODA

PROGRAM-ZIARAH-PRIHATIN-MAHKOTA.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota, Mohamad Said Jonit menziarahi mangsa kemalangan langgar lari yang menyebabkannya menjadi pesakit terlantar.

Dalam lawatannya pada 2 November lalu itu, Mohamad turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian selain kerusi roda baharu bagi kegunaan Nurul Aiman Yusof, 15 tahun.

“Adik Nurul Aiman Yusof, 15 tahun mengalami kemalangan langgar lari. Akibat daripada kemalangan tersebut menyebabkan beliau terlantar.

Advertisement

“Keprihatinan kami serta dibantu maklumat yang disampaikan Tok Johani, Pengerusi MPKK Kg Sembrong, kami telah hadir menziarahi adik Aiman di rumah beliau di Lorong Masjid, Kg Baru, Kluang.

“Kami juga membuat serahan beberapa kelengkapan keperluan seperti lampin pakai buang, susu, beras, minyak masak serta kerusi roda baru untuk kegunaan adik Aiman.

“Terima kasih juga diucapkan kepada para dermawan yang membantu menyediakan sumbangan.

Advertisement

“Semoga pemberian yang tidak seberapa ini dapat membantu adik Aiman sekeluarga,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Mohamad turut menyeru kepada semua pihak termasuk orang perseorangan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga Nurul Aiman.

“Saya juga menyeru dan mengalu-alukan sekiranya ada dermawan-dermawan yang sudi untuk membantu menghulur sumbangan bagi keperluan harian adik Aiman,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top