BM | EN | 中文

Adun Maharani dijangkiti Covid-19 – Laporan

norhayati-bachok-e1575181616132.jpg
Advertisement

MUAR, 6 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Johor, Nor Hayati Bachok menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti Covid-19.

Beberapa media melaporkan, Hayati ketika dihubungi mengesahkan bahawa dia dijangkiti Covid-19.

Nor Hayati berkata beliau menjalani ujian pengesanan kali kedua iaitu pada Ahad lalu walaupun ketika kali pertama ujian sama dilakukan pada 26 September, didapati negatif.

Advertisement

Beliau tetap menjalani kuarantin di rumah dan mengasingkan diri walau tidak diarahkan berbuat demikian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, pihaknya kecewa apabila ada yang mendedahkan maklumat peribadi Adun berkenaan dan keluarganya.

“Pihak kami telah mengenal pasti individu yang mula menyebarkan mesej tersebut dan telah membuat laporan polis serta bakal kami susuli dengan tindakan undang-undang.

Advertisement

“Pihak kami menggesa masyarakat menghentikan penyebaran maklumat peribadinya dan keluarga yang bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan Nor Hayati kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top