BM | EN | 中文

Adun Maharani dekati masyarakat cina

norhayati-chinese-1.jpg

Norhayati beramah mesra dengan masyarakat Tionghua di kawasannya

Advertisement

MUAR, 30 JAN : Sambutan Tahun Baru Cina menjadi platform kepada wakil rakyat mendekati kaum Tionghua di kawasan mereka.

Tidak ketinggalan, usaha berkenaan turut dilaksanakan oleh Adun Maharani, Norhayati Bachok yang menjalankan program seperti ‘walkabout’ serta edaran limau serta aktiviti ziarah ke pusat warga emas.

Katanya, pelaksanaan program seumpama itu mampu untuk menjalinkan hubungan dan simbol perpaduan antara berbilang kaum di negara ini.

Advertisement

“Kita telah mengadakan program serta aktiviti ziarah ke pusat warga emas dan acara kemuncak adalah sambutan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Sin di Parit Bakar.

“Program ini diselitkan dengan sesi edaran limau dan walkabout di medan selera serta sambutan yang diberikan oleh masyarakat sangat menggalakkan.

“Kita juga ada menyerahkan sumbangan perayaan ke Pusat Jagaan Warga Emas Mak Swee disamping mendampingi golongan asnaf yang memerlukan bagi berkongsi kegembiraan,” katanya.

Advertisement

Selain itu, beliau yang juga Ketua Awan Johor berkata, usaha mendampingi golongan asnaf adalah suatu perkara yang menjadi keutamaan di kawasannya.

“Kita turut memberikan penghargaan kepada seluruh masyarakat yang membantu serta menyambut baik kepada rombongan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Maharani.

“Sambutan amat menggalakkan dan ini menggambarkan bahawa masyarakat cina masih lagi utuh mempertahankan perpaduan yang telah lama terbina di negara ini.

Advertisement

“Rombongan kami disambut dengan persembahan dari murid SJKC Chin Sin yang membawa tema tarian singa serta persembahan silang budaya antara tiga kaum cina, melayu dan india dari Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Bakar Tengah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Teriang.

“Niat saya hanyalah untuk membuktikan keutuhan semangat perpaduan dan keharmonian akan terus kekal dipelihara di negara kita selain mendengar permasalahan yang disuarakan mereka,” katanya lagi.

Program tersebut turut dijayakan oleh Pemuda Amanah Muar dan Majlis Pergurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Bakar.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top